PUSAT PENETASAN UDANG GALAH
Jabatan Perikanan Malaysia
Kampung Acheh,
32000 Sitiawan, Perak
Logo Jab.Perikanan M'sia

Pegawai Dihubungi       :  Pn. Noraishah binti Hashim 

                                                 Ketua Pusat Penetasan Udang Galah Kg.Acheh  

No. Telefon  / Fax         :  605-6912026 / 605-6912026

E-mail                                 :  ppugkgacheh@hotmail.com



 
Pusat Penetasan Udang Galah Kg.Acheh, Lumut
 

   
 
 

Pusat Penetasan Udang Galah Kg.Acheh, Sitiawan Perak

1.         PENDAHULUAN

 1.1             LATAR BELAKANG PPUG

 

P

usat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kg. Acheh adalah salah sebuah Pusat Pengeluaran Benih Ikan/Udang milik Jabatan Perikanan yang terletak dalam Kompleks Jabatan Perikanan Malaysia di Kg. Acheh, Sitiawan, Perak. Terletak di atas tanah seluas 42 ekar, mula dibina pada tahun 1979 dan siap sepenuhnya pada tahun 1981. Pusat ini telah memulakan operasi pembenihan udang galah pada tahun 1983. Dalam usianya yang telah melewati 25 tahun (Jubli Perak) Pusat ini masih lagi kekal berperanan sebagai satu-satunya Pusat milik Jabatan yang diberi tanggungjawab khusus bagi mengeluarkan benih Udang Galah kepada para penternak di Semenanjung Malaysia.

PPUG Kg. Acheh, pada mulanya diterajui oleh En. K. Subramaniam selaku Ketua Pusat dari 1 Julai, 1982 hingga 31 Febuari, 1986. Mantan selepas itu  Puan Shahima bte Abd. Hamid dari 1 Jun 1986 hingga 31 September 1987. En. Abu Bakar bin Mohd Ali  dari  1 Oktober 1987 hingga 13.12.1991.  Pada 1 Januari 1992 pula Pusat ini telah diterajui oleh En. Muhamad Hatta bin Haji Mahmud sehingga 31 Disember 2003.   Pada 1 April 2004 hingga  April, 2005 En. Sukri bin Deris mengambil alih jawatan Ketua Pusat PPUG, Kg. Acheh.  Jawatan Ketua Pusat kini telah diterajui oleh Puan Noraishah bte Hashim sehingga sekarang.

Bagi mencapai matlamat DPN 3 menjelang tahun 2010 dan MTEN, Pusat ini turut memainkan peranan aktif dalam mengembangkan teknologi pembenihan udang galah dengan melahirkan pengusaha-pengusaha hatceri bagi memastikan sumber bekalan benih berkembang seiring dengan permintaan benih yang semakin meningkat.

2.0       AKTIVITI

2.1       PENGELUARAN BENIH

            Aktiviti utama Pusat ini adalah pengeluaran benih udang galah.  Sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2005 adalah sejumlah 6 juta ekor.  Jumlah ini merupakan tambahan sebanyak 1 juta berbanding tahun 2004 iaitu 5 juta ekor.  Tambahan ini adalah ekoran daripada bertambahnya permintaan benih udang galah oleh penternak.

2.2      PENGEDARAN

2.2.1   Pengedaran Benih Udang Galah Percuma

            Pengedaran benih udang galah percuma diberikan sebagai galakan kepada penternak yang layak mengikut syarat-syarat seperti:

a.      Penternak kecil iaitu yang memiliki kolam kurang dari 2 hektar.

b.      Permohonan kali pertama

c.      Telah menghadiri Kursus Akuakultur

2.2.2   Pengedaran Benih Udang Galah Bayaran

 Selain daripada pengedaran secara percuma, pengedaran benih udang galah bayaran juga dilakukan kepada         penternak yang tidak memenuhi syarat 2.2.1 di atas.  Harga jualan benih udang galah adalah RM 0.06 seekor.

2.2.3       Pelepasan Benih Perairan Umum

            Pelepasan benih ke perairan umum (sungai, tasik, bekas lombong) dilakukan untuk mengekalkan dan meningkatkan stok udang galah yang semakin berkurangan. Ianya juga bertujuan sebagai satu tanggungjawab sosial terutama sekali untuk nelayan darat.

2.3       PENGEMBANGAN

2.3.1   Khidmat Nasihat Teknikal

            Khidmat nasihat teknikal dilakukan khususnya kepada pengusaha  hatceri dan penternak udang galah terutama bagi mereka yang baru menceburi bidang tersebut.  Ia bertujuan untuk menyebarkan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil kualiti dan produktiviti pengusaha terbabit.  

2.3.2       Hatceri Anak Angkat

            Pusat ini juga bertanggungjawab membangunkan hatceri-hatceri baru dan dijadikan anak angkat kepada Jabatan. Pengusaha akan dipantau dari masa ke semasa sehingga mereka boleh berdikari. Hatceri ini juga dibantu dari segi pinjaman peralatan kelengkapan.

2.3.3       Majlis Penerangan

            Majlis penerangan dilakukan kepada mereka yang berhasrat untuk menceburi aktiviti pengeluaran benih serta ternakan udang galah.

2.3.4       Latihan Insitu

            Latihan Insitu merupakan latihan yang dijalankan secara tidak formal di tempat/tapak projek.  Pengkhususan latihan adalah bergantung kepada kehendak dan masalah semasa di tempat tersebut dan seterusnya kaedah penyelesaiannya.  Biasanya latihan ini dilakukan atas permintaan penternak dengan kerjasama Ketua Daerah Perikanan. 

2.3.5       Pemantauan Projek Ternakan Udang Galah

            Pemantauan ke atas projek ternakan udang galah dilakukan secara berkala bagi memastikan projek yang dijalankan berdaya maju.  Segala bentuk maklumat yang diperolehi seperti penghasilan dan pengeluaran dianalisa  untuk dibuat keputusan bagi digunapakai dalam menentukan tindakan penyelesaian.

 2.4       LATIHAN

 2.4.1   Latihan Sangkut

            Latihan sangkut di PPUG Kg. Acheh merupakan latihan tidak formal yang dijalankan dalam tempoh satu pusingan pengeluaran benih iaitu antara 40 – 50 hari.  Ia dibuka kepada bakal-bakal pengusaha yang betul-betul berminat dalam pengeluaran benih udang galah.

2.4.2       Latihan Praktikal Pelajar IPT dan Bakal Pesara

            Latihan ini dilakukan berdasarkan kepada permohonan daripada Institut Pengajian Tinggi dan bakal-bakal pesara dari agensi-agensi awam.

3.0       PENCAPAIAN

3.1       Pengeluaran Benih Udang Galah

            Sejumlah 5,462,000 ekor benih Udang Galah dengan nilai RM 309,240.00 telah berjaya dihasilkan berbanding sebanyak  5,545,000 ekor bernilai RM 332,700.00 yang diperolehi bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Walaupun berlaku penurunan dari segi pengeluaran, namun Sasaran Kerja Tahunan atau SKT Pusat ini telah berjaya dicapai.

           

 

 

Tahun ini juga merupakan tahun ke-lima berturut-turut di mana pengeluaran benih tahunan Pusat ini telah berjaya melepasi paras 5 juta ekor.       

                     Jadual 1 :  Aktiviti Pembenihan Udang Galah 2005

 

 

PUSINGAN

 

 

BILANGAN

REGA

 

 

PENGHASILAN

BENIH

 

 

PENGEDARAN

BENIH

 

 

BIL. PENERIMA

BENIH

1

(Januari)

2,400,000

1,552,000

942,800

26

2

(April)

2,400,000

1,033,000

565,000

14

3

(Jun)

2,400,000

877,000

419,000

10

4

 (September)

2,400,000

1,282,000

1,172,500

19

5

(November)

2,100,000

718,000

485,500

14

JUMLAH

PUSINGAN

= 5

 

11,700,000

 

5,462,000

 

3,584,800

 

83

     

 

Pengedaran Benih Percuma

          Pada tahun ini pengedaran benih Udang Galah secara percuma telah meningkat iaitu sebanyak 3,584,800 ekor benih bernilai RM 215,088.00 berbanding tahun lalu iaitu 2,703,500 ekor yang bernilai RM162,210.00. Seramai 56 orang penternak telahpun menerima bantuan  melalui program ini. 

 Negeri Perak merupakan penerima terbesar benih-benih udang galah yang diedarkan secara percuma pada tahun ini.  Sejumlah 1,491,800 ekor benih bernilai RM 89,500.00 atau 41.61%  daripada jumlah edaran berbanding tahun lalu sejumlah 1,091,000 ekor bernilai RM42,060.00 iaitu 25.0%.           

Pertambahan penerima benih udang galah percuma menunjukkan perkembangan dari segi jumlah penternak serta keluasan kolam  terutama di Negeri Perak, Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan.

  

 

Jadual 2 : Pengedaran Benih Kepad Penternak

 

 

 

 

 

EDARAN

BIL.BENIH

NILAI (RM)

BIL.PENERIMA

Percuma

3,574,800

214,488

82

Jualan

10,000

600

1

Perairan Umum

85,000

5,100

3

JUMLAH

3,669,800

220,180

86

Jualan Benih (Bayaran)

            Pada tahun ini pihak pusat tidak membuat jualan benih disebabkan permintaan terhadap bekalan benih percuma meningkat. Oleh yang demikian pihak pusat menggalakkan penternak – penternak membeli daripada hatceri swasta dan juga hatceri projek Anak Angkat Jabatan. Para penternak kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan benih bermutu dengan harga yang rendah. Terdapat juga penternak kolam yang telah membuka hatceri sendiri bagi menjamin bekalan benih yang konsisten dan berterusan.

Pelepasan Benih Udang Galah Ke Perairan Umum           

           Program Pelepasan Benih Udang Galah Ke Perairan Umum yang telah bermula pada tahun 1987 masih lagi diteruskan pada tahun 2005 ini. Pihak Pejabat Perikanan Negeri-negeri telah membuat permohonan terus ke      Pusat ini berpandukan perancangan masing-masing. Sepanjang tahun 2005 sejumlah 85,000 ekor benih udang galah bernilai RM 5,100.00 telah di lepaskan ke dalam 3 tapak pelepasan berbanding sejumlah 805,000 ekor benih Udang Galah  bernilai RM 48,300.00 yang telah dilepaskan ke 14 lokasi pada tahun lalu. 

 

PROGRAM PERLEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM

TAHUN 2004

 

 

 

 

 

NEGERI

DAERAH

TAPAK PERLEPASAN

BIL.BENIH

NILAI (RM)

PERAK

 

Kerian

 

Tasik Bukit Merah

10,000

600.00

 

Hilir Perak

Sg. Durian Sebatang

 

50,000

 

3,000.00

 

 

Hulu Perak

 

Sg. Rui

25,000

1,500.00

JUMLAH BESAR

85,000

5,100.00

           

3.1             PENGEMBANGAN

a)                 Khidmat Nasihat

S                      Selain daripada menjalankan kerja-kerja ternakan, pusat ini juga memberi menjalankan kerja - kerja pengembangan kepada para penternak dan juga pengusaha hatceri serta orang perseorangan yang bermiant dalam ternakan dan pembenihan Udang Galah.  Kebanyakan daripada mereka ini datang ke pusat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan ada juga yang menjalankan latihan secara sangkut untuk memahirkan pengetahuan mereka.

b)                 Hatceri Anak Angkat

 

              Pada masa ini terdapat sebanyak 6 buah hatceri bimbingan jabatan dalam Negeri Perak.  Terdapat 4 buah hatceri beroperasi di Daerah Manjung dan 2 buah hatceri lagi beroperasi di  Daerah Kuala Kangsar dan Taiping. Setiap sebuah hatceri mampu menampung kapasiti pengeluaran maksimun 300,000 sepusingan.

               Terdapat 2 buah hatceri yang masih dalam pembinaan.  Sebuah di daerah Manjung dan sebuah lagi bertempat di Semerak, Kelantan.

Hatceri-hatceri Anak Angkat Jabatan juga semakin berdaya maju dengan ilmu dan kemahiran yang telah timba dari PPUG Kg. Acheh .  Ini adalah satu senario  yang amat baik dalam perkembangan industri ternakan udang galah negara di masa akan datang.  Hubungan yang akrab serta perbincangan-perbincangan yang sering diadakan diharap dapat menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

 

 3.2             LATIHAN PENGUSAHA

 a)                 IPT

            Sepanjang tahun 2004 seramai 8 orang pelajar dari KUSTEM telah menjalani Latihan Praktikal Industri di PPUG.  Sessi pertama seramai 4 orang peringkat Ijazah  pada 29 Mac hingga 19 Mei, 2004 dan sessi kedua 20 Jun hingga 12 September 2004 4 orang dari jurusan Diploma Perikanan.

 3.3             LAIN-LAIN

                -        Terlibat dalam Jawatankuasa Teknikal MOA Inc. Negeri Perak

                -        MOA Inc. Jeli (Task force)

                -        MOA Inc. Selama (Task force)

                -        Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2005 - Johan


e-mail kami :
jabprkpk@streamyx.com


Jabatan Perikanan Negeri Perak,
Tkt.8-9 Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh Malaysia
Tel: 605-255-4061/2
Fax: 605-254-2148